Friday 15 May 2020

SAGU GULA MERAH








Bahan:
  • Sagu 1 1/2 cawan (satu setengah cawan)
  • Air 3 1/2 cawan
Cara-cara:
  1. Panaskan 3 1/2 cwn air dalam periuk sampai mendidih
  2. Biar air mendidih, barulah rendam sagu dalam mangkuk.
      # Rendam sagu dalam mangkuk dengan air paip.
      # Jangan rendam dari awal.
      # Air setakat menutupi seluruh permukaan sagu sahaja. Jangan terlalu banyak air.
      # Tak perlu bilas / tak perlu toskan sagu yang direndam.


     3. Masukkan sagu (yang telah direndam sekejap tadi) ke dalam periuk yang airnya sedang mendidih.
     4. Kacau dengan senduk sampai ke dasar periuk supaya tak berkerak.
     5. Sentiasa kacau sehingga semua sagu sudah kembang (putih bertukar jernih). Tambah sedikit air panas jika perlu. #Kalau masih  ada sikit-sikit putih takpe..
     6.Tutup api dan terus tudung periuk sekejap dalam 5 minit untuk sagu kembang sepenuhnya.. dgn wap panas yang masih ada.
     7. Lepas 5 minit, buka penutup dan masukkan pewarna dan kacau sebati.
     8. Tapis dengan penapis di bawah aliran air paip untuk dapatkan sebiji-sebiji sagu yang kembang (tak melekat)

# Kalau nak buat 3 warna: tapis dulu semua sagu dlm periuk tadi.., pastu asingkan dalam 3 bekas dan titik pewarna yang dikehendaki dalam setiap bekas dan kacau sebati.


Hidangkan dengan:
Lapisan paling bawah : Air Gula Merah
Lapisan tengah : Sagu pelbagai warna
Lapisan atas : Susu cair
Hiasan : Jagung manis / Cincau / Buah Koktel

0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design