BROWNIES FUDGY
Rujukan utama daripada video youtube Surianti Kitchen, https://www.youtube.com/watch?v=-Fwqx2sklQ8
Saya ubah ikut kesesuaian.
A:
Cairkan secara double boiler,
+ 150g bar coklat masakan yg dipotong, sebesar satu inci ><
+ 100g mentega
+ 2 sb minyak masak
B:
Ayakkan
+ 120g tpg gandum
+ 30g serbuk koko
C:
Kacau sekadar sebati, jgn kacau lama:
+ 150g gula perang
+ 3 biji telur gred C @ 2 gred B, suhu bilik (kalau dari peti ais, biar 1 jam di luar dulu..)
+ setengah st esen vanila
Cara-cara:
Sediakan semua bahan A, B dan C.
Preheat oven 20 minit, 180C.
Sediakan semua bahan A, B dan C.
Preheat oven 20 minit, 180C.
1. Masukkan bahan A ke dalam B. Kacau sebati guna whisk je... jgn lama nanti brownies keras.
2. Masukkan pula bahan C ke dalam (1) tadi. Kacau sekadar sebati. Memang adunan agak pekat.
3. Tuang ke dalam adunan segiempat 7x7 yg telah digris dan dilapis kertas minyak. Ketuk loyang atas meja supaya adunan tidak berlubang di tengah bila masak nanti.
4. Taburkan badam/walnut (tak perlu dipanggang dulu).
5. Bakar dlm oven, rak tengah 30-40 minit, api atas bawah 180C.
Setelah masak, tutup suis oven dan biar loyang masih dlm oven, buka sedikit pintu oven supaya permukaan brownies berkedut. Tunggu sejuk, keluarkan kertas minyak tadi dan boleh potong brownies tadi.
0 comments:
Post a Comment