Saturday, 31 October 2020

LUNCH JUMAAT KALUT.

 Keauteau goreng ratna..

Misi menghabiskan sayur dlm peti ais..






BREAKFAST PAGI SABTU..

dari lebihan setengah bungkus keuteau dan setengah bungkus bihun....



ptg nanti order McD Super Saver aje lah..

Tuesday, 27 October 2020

DINNER BALIK MESYUARAT PETANG HARI KE 2..

Tiga jenis lauk cukup..

1. Bendi goreng kosong.

2. Sambal petai udang.

3. Masak asam ayam kentang.

Buka mulut, makan aje lah.....









Monday, 26 October 2020

DINNER BALIK MESYUARAT LEWAT PETANG

 


nasi goreng ikan temenung





kangkung belacan dan ikan temenung pekasam

Sunday, 25 October 2020

DI HARI AHAD YANG TAK BERAPA NAK RAJIN...

 Makan laksa dan nasik lauk simple mimple..

nasi lauk sambal udang dan daging masak asam..

DAGING MASAK ASAM:
  • 1 mangkuk daging dipotong memanjang 1 inci dan diketuk dengan alu, supaya cepat empuk dan tak liat.
  • Dalam periuk, masukkkan 3sb minyak masak
  • Masukkan kesemua daging tadi dan masak sampai sedikit empuk.. Tambah air masak sekali sekala.
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan bwg besar yg dihiris agak tebal
  • masukkan garam
  • sedikit kunyit utk bagi warna menarik
  • hirisan cabai melaka.
  • Masak sampai daging empuk


KUAH LAKSA.

1kg ikan kembung direbus dalam pressure cooker 40 minit.
Blend 8 cabai kering + 2 labu bwg besar
Dalam periuk, masukkan 3 sb minyak
Tumis bahan blend.
Tambah 1 sb belacan
Kacau sampai pecah minyak.
Blend kesemua ikan dgn tulang2 sekali. Blend lama supaya semua hancur halus. tak kasar..
Masukkan ikan yg diblend tadi.
Kacau.
Tambah asam keping 4 keping
Kalau ada daun kesom @bunga kantan masukkan.
Tambah garam.
Tunggu mendidih..
Kuah biar pekat baru sedap!!



laksa kuah pekat gila..


 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design