Friday, 29 January 2021
Monday, 25 January 2021
Lunch hari PdPr tak jadi, internet problem..
Frust weh, dah prepare bhn utk PdPr 2P, jam 10.30, wifi pulak slow asyik kena tendang keluar dr meet ja.. student pun 4 org ja yg join daripada 13 org...
Ptg ni pulak janji nk ganti kelas ngan depa.. Jam 3.. Tu pun bila tanya dlm wasap, 4 org tu ja yg respon nak join.. haish!! budak2 ni... Dok harap kehadiran ptg ni 10 org atau lebih..
Lepas frust kelas tak leh on, masuk dapuq masak...
Sunday, 24 January 2021
Kek Cheese
Asah bakat membaking pulak. Lama tak baking. Baking is not my forte, kalau buat kek mmh payah sangat nak jadi.. Ada je yg tak kena.. Bila terjumpa resepi yang mudah, apalagi jom bawak keluar penimbang, mixer, spatula dsbnya yg dok tersimpan dalam lemari lama sgt dah...
Resepi ni ni saya rujuk sepenuhnya resepi Kak Sue di https://www.facebook.com/apakaurasakitchen/videos/551217375592430/
Saya minta kebenaran tuan resepi untuk paste di sini ya... Terima kasih
---------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Cheddar Cheese Sponge Cake gebus mudah.
.
Bahan A :
6 keping Cheddar Cheese
100gr Mentega ( tanpa garam)
150gr Susu Full Cream
6 biji kuning Telur ( gred A)
100gr Tepung Kek
Bahan B :
6 biji Putih Telur
100gr Gula pasir/kastor
1/4 tsp C.O.Tartar ( kalau xda, boleh ganti dengan 1/2 tsp cuka @ lemon jus)
.
.
Loyang saiz 7 inci
.
.
Bakar Teknik WATERBATH :
160- 180°C selama 60 hingga 80 minit.
Api atas bawah.
Oklah gais.. Selamat Mencuba.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Mudah sangat cara membuatnya dan kos pun tak lah mahal sangat.
Mula-mula cairkan mentega secara water bath.
masukkan 6 cheese keping yang disiat-siat, masuk sekeping demi sekeping
Kacau sampai larut
Masukkan susu cair
6 biji telur, asingkan kuning dan putihnya
Tunggu agak sejuk, masukkan kuning telur sebiji dan kacau. Ulang sehingga abih 6 kuning telur.
Dalam mangkuk 2, putar putih telur sehingga separuh kembang.
Masukkan gula 1/2 dan putar lagi.
Masukkan lagi baki 1/2 gula dan putar sehingga kembang, menjadi meringue bertanduk.
Masukkan 1/3 meringue ke dalam mangkuk 1
dan kaup balik
Masukkan 1/3 lagi meringue dan kaup balik.
masukkan 1/3 baki meringue lagi dan kaup balik
Tuang adunan ke loyang 7 inci, digris bahagian dalam, sebelum lapik kertas minyak
Tuang 3/4 loyang
bakar dalam oven yang telah dipanaskan (kira-kira 20 minit) terlebih dahulu
suhu 170C (dalam resepi asal 160-180C)
api atas bawah
rak paling bawah
secara water bath
Subscribe to:
Posts (Atom)