Sunday, 24 January 2021

Kek Cheese

Asah bakat membaking pulak. Lama tak baking. Baking is not my forte, kalau buat kek mmh payah sangat nak jadi.. Ada je yg tak kena.. Bila terjumpa resepi yang mudah, apalagi jom bawak keluar penimbang, mixer, spatula dsbnya yg dok tersimpan dalam lemari lama sgt dah...

Resepi ni ni saya rujuk sepenuhnya resepi Kak Sue di https://www.facebook.com/apakaurasakitchen/videos/551217375592430/

Saya minta kebenaran tuan resepi untuk paste di sini ya... Terima kasih


---------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Cheddar Cheese Sponge Cake gebus mudah.
.
Bahan A :
🍭6 keping Cheddar Cheese
🍭100gr Mentega ( tanpa garam)
🍭150gr Susu Full Cream
🍭6 biji kuning Telur ( gred A)
🍭100gr Tepung Kek
Bahan B :
🍭6 biji Putih Telur
🍭100gr Gula pasir/kastor
🍭1/4 tsp C.O.Tartar ( kalau xda, boleh ganti dengan 1/2 tsp cuka @ lemon jus)
.
.
Loyang saiz 7 inci
.
.
Bakar Teknik WATERBATH :
160- 180°C selama 60 hingga 80 minit.
Api atas bawah.
Oklah gais.. Selamat Mencuba.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Mudah sangat cara membuatnya dan kos pun tak lah mahal sangat.




 

Mula-mula cairkan mentega secara water bath.

masukkan 6 cheese keping yang disiat-siat, masuk sekeping demi sekeping
Kacau sampai larut

Masukkan susu cair


6 biji telur, asingkan kuning dan putihnya

Tunggu agak sejuk, masukkan kuning telur sebiji dan kacau. Ulang sehingga abih 6 kuning telur.



Dalam mangkuk 2, putar putih telur sehingga separuh kembang.


Masukkan gula 1/2 dan putar lagi.
Masukkan lagi baki 1/2 gula dan putar sehingga kembang, menjadi meringue bertanduk.





Masukkan 1/3 meringue ke dalam mangkuk 1
dan kaup balik

Masukkan 1/3 lagi meringue dan kaup balik.

masukkan 1/3 baki meringue lagi dan kaup balik

Tuang adunan ke loyang 7 inci, digris bahagian dalam, sebelum lapik kertas minyak


Tuang 3/4 loyang


bakar dalam oven yang telah dipanaskan (kira-kira 20 minit) terlebih dahulu
suhu 170C (dalam resepi asal 160-180C)
api atas bawah
rak paling bawah
secara water bath



































0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design