*kali ketiga buat..
*resepi dirujuk dari blog ini. Terima kasih empunya resepi. Mmg blog ini saja saya rujuk kalau nak buat takoyaki..
https://norlizaothman.blogspot.com/2014/06/resipi-homemade-takoyaki-sos-takoyaki.html?m=1
Izinkan saya copy paste ke sini ya..
RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.
BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..
CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang.
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis. Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas
RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)
Ini hasil yg saya buat... mcm biasa bonito flakes takde..
0 comments:
Post a Comment