Friday, 12 February 2021

Siakap stim simple mimple


1.Bersihkan ikan. Letak ikan atas talam kukusan.
2.Lumur garam pada ikan.
3.Sumbat serai dan daun limau yg diketuk ke dlm ikan atau bawah ikan.
4. Tumbuk 3 cili padi hijau + 2 cili merah + serai + halia + bwg putih.
5.Sapu ikan dgn perahan limau nipis.
6.Lumurkan bahan tumbuk pada ikan.
7.Bancuh setengah sb tepung jagung dan tuang sikit di bawah ikan dan keliling ikan. Bancuhan jgn pekat, mesti agak cair.
8. Tuang sos ikan dan serbuk pati ayam ke atas ikan. Boleh letak jus limau nipis sedikit..
9. Tabur tomato yg dipotong kiub ke atas ikan.
10. Kukus hampir masak. Kalau air keliling kurang, boleh tambah baki bancuhan tpg jagung tadi 
11. Hias dgn bwg besar dipotong + carrot dipotong nipis memanjang + cili padi dihiris + cili merah dihiris.
12. Teruskan kukus hingga masak.
13.Hias dgn daun sup dan boleh taburkan bawang putih  yg digoreng dgn minyak yg sedikit

3 biji telur goreng

Brokoli goreng bwg putih




 

0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design