PULUT SEKAYA PANDAN DARI FACEBOOK
Loyang 7 inci
Bahagian bawah(pulut)
Sukat 1 cawan pulut susu, basuh rendam 15-30 minit.
Kukus pulut bersama 1cawan santan cair bersama 1/2 sudu kecil garam.
(Nisbah santan cair: 1/3 santan pekat + 2/3 air)
Kukus selama 25 minit. Sebatikan dan tekan rata.
Bahagian atas(hijau)
Blend 4 helai daun pandan, 1 inci kulit kayu manis bersama setengah cawan air.
Tapis. Campurkan santan pekat bersama air pandan tadi dan jadikan 1 1/2 cawan, jika tak nak berdadih dan potong cantik boleh kurang kan sukatan ni
Masukkan setengah cawan gula
Masukkan 3 sudu besar tepung gandum
Masukkan pewarna hijau sikit jika perlu
Mangkuk berasingan
Pukul 2 biji telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan tadi.
Masak dia atas api hingga pekat sedikit.
Tuangkan keatas pulut tadi. Kukus 20 minit atau hingga masak.
Sukatan timbang
Bahagian bawah
200 gm pulut
210 gm santan cair(110 gm santan pekat 100 gm air)jika nak keras kurangkan air
1/2 sdk garam
Bahagian atas
15 gm daun pandan
50 gm air
1 inci kulit kayu manis
70 gm gula castor
315 gm santan pekat yg dicampur air daun pandan mesin tadi.(campur dua-dua jadikan 315gm)
20 gm tepung gandum
2 biji telur a
Pewarna jika perlu.
0 comments:
Post a Comment