Monday 18 October 2021

Ikan Kerapu Masak Stim





sambal sotong + kubis campur












Bersihkan ikan kerapu dgn asam jawa.

Kelar hingga ke tulang kerana isi kerapu tebal, supaya perencah meresap masuk ke isi ikan.

Lumur keliling + dalam ikan dgn garam

Masukkan hirisan halia, lengkuas, serai yg dipotong 1 inci serong + daun limau purut yg dihiris ke celah2 ikan dan kelaran.

Perah limau nipis ke celahan ikan dan dlm kelaran.

Bahan tumbuk kasar : 1 cabai besaq + 3 cabai melaka + bawang putih + halia

Lumurkan bhn tumbuk ke dlm dan keliling ikan.

Bancuh 1 kiub ayam + sedikit tpg jagung + air, jgn terlalu pekat.. nanti kuah pekat sgt.

Masukkan bancuhan ke dalam dulang kukusan,

Letakkan ikan yg dilumur kesemua bahan tadi. 

perah limau nipis di atas ikan. Hiris limau  dan bwg besar dan susun atas ikan.

Kukus.. Jika kuah memekat, tambah air @ bancuhan tpg jagung + kiub tadi

* boleh tambah sos nampla dan sos stim limau thai



 


0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design