Wednesday, 26 April 2023

Raya ke 5, @Rabu

 Tgh hari pi makan kenduri di Tok Kayaman, sebelah rumah tok wa kassim..









Akak dan kawan akak smkap



Bergambar dpn rumah ttadisional























































pagi tu breakfast nasi daging di rumah.




Rujukan resepi nasi daging utara:

https://myresepi.com/resepi-nasi-daging/

Terima kasih kepada tuan empunya resepi...


Saya kongsikan di sini utk rujukan sendiri ya..

Bahan-bahan:

  • Daging (direbus empuk dan ketepikan
  • Beras basmathi 3 pot (rendam 30 minit)

Bahan tumisan:

  • 2 sudu minyak sapi + minyak masak 2 sudu
  • Bawang besar 2 biji*
  • Bawang putih 6 ulas*
  • Halia 3 inchi*

Mayang halus bahan bertanda (*)

  • 4 sekawan (kulit kayu Manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)
  • Rempah kurma 2 sudu
  • 2 helai daun pandan
  • Tomato 2 biji
  • Susu cair 3/4 tin
  • 3/4 sudu penuh garam
  • Sedikit cukup rasa
  • Air rebusan daging
  • Daun ketumbar

Cara-caranya:

  1. Tumiskan 4 sekawan, bahan bertanda (*) yang dimayang sehingga garing. Kemudian masukkan daun pandan dan rempah kurma.
  2. Masukkan air rebusan air 4 ½ cawan pot yang sama dan susu cair. Didihkan sekejap, kemudian masukkan garam, cukup rasa dan tomato.
  3. Toskan beras basmathi ke dalam periuk nasi. Masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk.
  4. Akhir sekali, bila nasi dah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan elok gebu dan wangi.
  5. Nasi jangan dikacau semasa sedang masak untuk elakkan beras patah. Resipi ini nasi sedikit lembut. Kalau nak nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.


air asam kerisik





ayam shitake black pepper


acar timun carrot





sup ayam







Masak ayam shitake black pepper


goreng ayam yg disalut garam kunyit dulu


bwg putih, bwg besar, halia
cabai hidup, cabai kering dihiris
cendawan shitake
sos tiram, kicap, serbuk lada hitam
daun ketumbar



Malam pi guardian beli skincare dan makan di resto tomyam pedaih







0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design