Monday, 4 May 2020

BEEF STEAK / DAGING STEAK











DAGING

Perapan Daging
1. Daging dipotong 1 inci tebal. (Kalau daging baru dikeluarkan dari petiais, biarkan ia lembut dulu). 
2. Ketuk daging dengan alu supaya lembut.
3. Keringkan permukaan daging. (Letak atas grill besi atau lap dengan tisu dapur)
4. Lumurkan daging dengan garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
5. Boleh sapukan mentega pada permukaan daging.
6. Perap 1 jam.

Bakar
1. Panaskan kuali non stick, letakkan 1 sb mentega.
2. Masakkan daging dan alih setiap 3-4 minit supaya daging tidak terlalu kering.
3. Boleh tambah sedikit mentega.
4. Masak dalam 30 minit.
5. Kalau gunakan oven, bakar pada tingkat tengah menggunakan grill besi pada suhu 180C selama 40 minit. Alih daging pada minit ke 20.


SOS BLACK PEPPER
1. Panaskan periuk. + 3 sb mentega
+ 1 labu bawang holland yang dipotong kiub
+ ½ tin Cendawan butang yang dipotong
= Kacau sampai layu
2. + 3 sb stok ayam yang telah dilarutkan dalam ¾  cwn air
+ 1 cawan susu segar/cair
+ 5 sb lada hitam yang ditumbuk kasar
= Kacau sebati
3. + 3 sb sos tiram
+ 3 sb kicap manis atau lebih, bergantung kehitaman yang dikehendaki.
+ 3 sb tepung gandum yang telah dibancuh dengan air.
4. Kalau perlu, perasakan dengan garam
+ gula.*saya tak tambah sebab stok ayam dah masin dan kicap dah manis.

HIASAN
1. Potong memanjang carrot. Rebus sehingga lembut.
2. Potong kubis bunga putih. Rebus sehingga lembut.
3. Potong brokoli. Rebus sehingga lembut.
4. Goreng kentang.
5. Bayam brazil yang telah dibersihkan.

Siap dan boleh hidangkan.

0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design