Friday, 8 May 2020

KENTANG WEDGES

1. Bersihkan 5 bj kentang. Tak perlu buang kulit.
2. Potong kentang dalam bentuk wedges. Boleh cucuk-cucuk dengan garfu supaya rasa meresap.
3. Dalam mangkuk:
    + 5 sb tpg gandum
    + 1 sb tpg beras (setengah sudu besar)
    + 1 sb tpg jagung
    + 1/2 st garam
    + serbuk lada hitam / serbuk kari
    + serbuk bwg putih / bwg putih ditumbuk halus
    Gaul sebati semua bahan ini.
4. Dalam tuperware berpenutup, masukkan (2) ke dalam (3). Gaul sebati / goncang bekas supaya tepung menutupi kentang.
5. Panaskan minyak secara deep fry.
6. Bila minyak dah panas, goreng kentang tersebut. Biar masak (perang) sebelah dahulu, baru alih.

#boleh cicah dengan nanchos/cheese/sos/mayonnaise.
#Kalau guna  tepung bestari, saya hanya tambah 1sb tpg jagung dan 1sb tpg beras.







0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design