Friday 8 May 2020

PUDING TRIFFLE




   






Puding Triffle Pengantin
Resepi Asal : DaniaElyza @myresepi
Sumber & Olahan : Alam Sari

Saya olah juga resepi ni ikut kesesuaian sendiri:

Bahan-bahan Lapisan Bawah/ Kek :
  • 1 buku kek swiss roll perisa pandan
  • 1 tin buah pic (ambil airnya sedikit)
Caranya :
  1. Potong kek swiss roll dan susunkan di tepi bekas yang lutsinar hingga menutup dasar bekas.
  2. Renjiskan air dari tin buah pic tadi. Ketepikan.
Bahan-bahan Lapisan Kastard :
  • 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 380 ml sebarang susu kotak plain)
  • 2 sb gula pasir
  • 4 sb tepung kastard
  • 400 ml air
Caranya :
  1. Dalam periuk, masukkan susu + gula. Kacau guna api sederhana. Sampai gula larut. 
  2. Bancuhkan tepung kastard + air sehingga sebati. Tuangkan dalam periuk di (1) tadi.
  3. Kacau sehingga betul-betul pekat dan adunannya meletup-letup.
  4. Tutup api. Terus tuang ke atas lapisan kek sehingga menutupi keseluruhan kek sehingga ke dinding bekas.
Bahan-bahan Lapisan Jeli :
  • 1 kotak Jeli Nona (Perisa Rasberry atau Strawberry)
  • 400 ml air
Caranya :
  1. Panaskan air sehingga mendidih. Tutup api.
  2. Masukkan serbuk jeli nona. Kacau cepat sehingga larut dan terus tuangkan ke atas lapisan kastard.
Bahan hiasan :
  • Hirisan buah pi, Strawberry,laici. koktel (Boleh susun dulu bahan hiasan  atas kastad tadi sebelum tuang jeli ke atasnya).

Permukaan jeli mula membeku dlm 10 minit., Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tips:
#Jangan terlalu banyak tuang air ke atas kek, cukup sekadar merenjis basah sikit2saja.
#Tuang lapisan kastad hingga menutupi keseluruhan permukaan kek. Jangan biar ada ruang walau sedikit pun.
#Lapisan kastad jangan dibiar sejuk sebelum tuang jeli, kerana jika kastad dah sejuk, lapisan akan tidak melekat / terlerai.









0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design