Friday, 29 May 2020

LOMPANG RESEPI TOK NAH

Menu buka puasa 5 Syawal 2020







#lompang kali ni kurang berlubang, mungkin sbb air kapur jernih sikit


5 helai daun pandan + 2 cawan air dikisar. Tapis airnya. Nak guna 1 cawan je, selebihnya boleh simpan dlm peti ais atau guna untuk adunan seterusnya.

Bahan A:
1 1/2 cwn tepung beras + 3 sb tepung ubi .. Satukan dalam mangkuk

Bahan B:
3per4 cwn gula + 2 cawan air. Masak sampai didih.

Susun cawan lompang ke dalam dulang pengukus. Panaskan pengukus dengan semua cawan-cawan lompang yang disusun tadi, sampai air kukusan mendidih.

1 cawan air pandan tadi dimasukkan sikit-sikit  ke dalam adunan tepung (A) dan gaul.
+ 2 sb air kapur yang agak keruh (supaya lompang berlubang cantik, kalau air kapur jernih sangat, lompang tak berlubang)
+ air gula yang didih tadi. (B) Masukkan ketika masih panas.
+ baki dari 1 cawan air pandan tadi (kalau ada)
+ sikit pewarna hijau
Kacau dengan senduk kayu sbb air gula tadi panas.
Tapis adunan ke dalam jag dan kacau dengan senduk kayu

Buka tudung pengukus dan perlahankan api. (Api jangan terlalu kuat, jangan terlalu kecil)
Tuang adunan dari jag ke 5 cawan lompang. Sentiasa kacau adunan dalam jag supaya tepung tidak mendap di bawah.
Tuang ke dalam baki mangkuk lompang sampai habis.
Dah semua mangkuk lompang diisi, tutup tudung pengukus dan letak kain supaya air tidak jatuh ke lompang.
Kuatkan semula api.
Masak 20 minit.

Cukup 20 minit, angkat cepat-cepat penutup pengukus supaya air tak jatuh ke atas lompang.
Kalau lompang sedikit berair, buka api perlahan selepas angkat tudung pengukus supaya air atas lompang akan kering sedikit. Pastu tutup terus api.

Tunggu sejuk baru keluarkan lompang dari mangkuk lompang. (Guna pisau kecil yang direndam ke dalam air supaya tak melekat)

0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design