Saturday, 27 February 2021

Lunch Mee kuah daging

Dalam 1 periuk:

Rebus 5 ketul daging yg dipotong kiub ( 4x3cm) besar2 + kentang yg telah dicuci, tak perlu buang kulit.

Nak cepat empuk, letak 5 sudu besi dlm tu...

Rebus sampai daging empuk.


Dalam periuk kedua, utk buat kuah:

1. Tumis bahan blend ( 1 bwg besar + 5 bwg putih + 3 bj tomato + 2sb cabai mesin) sampai pecah minyak.

2. Bila dah kering, tambah cuka + sos tiram.

3. Masukkan fishball. Kemudian masukkan semua 5 ketul daging  yg direbus tadi.

4. Masukkan air rebusan dari periuk 1.

5. Tambah garam.

6. Masukkan kentang (dari periuk 1 yg telah dibuang kulit dan diblend) utk pekatkan kuah.

7.Kalau perlu, masukkan sos tomato.

8.Masukkan tomato ceri yg dibelah 4 memanjang dan batang seleri.

Tunggu didih.

Siap.






Pelakon tambahan:
daun sup + daun bawang
tauge yg dicelur sekejap
telur puyuh
daging dlm kuah tadi dihiris  nipis
cabai besar
limau nipis
bwg goreng
cabai jeruk







Popcorn

 


Masukkan 2 sb marjerin dlm periuk
Masak hingga marjerin cair
Api jgn kuat sangat, nanti popcorn hangit
+ jagung popcorn
Kacau sebenar hingga rata dan marjerin kena pada semua biji jagung
Tutup periuk
Tunggu jagung bertih
Goncang sikit periuk utk beri ruang biji jagung bhgn bwh utk bertih, kalau tak.. popcorn bertindih2

Bila semua dah bertih, tutup api.


Karamel :
Dalam kuali,
Masukkan 3 sb gula
Api perlahan dan kacau hingga gula jadi perang mencair
Bila dah cair semua, tak berketul, masukkan 1sb marjerin dan kacau cepat2
Cepat2 tutup api supaya tak hangus... Jgn biar sampai hitam / perang gelap..

Tuang popcorn tadi ke dlm kuali karamel dan gaul sebati..


Second round..





Lunch 27 feb2021

 


Kari kepala ikan tanpa santan

Blend 1 bwg besar + 4 bwg putih + sikit halia

Dalam periuk:
Tumis halba campur + daun kari
+ bhn2 blend + 1st cabai mesin
Sampai pecah minyak
+ sikit air
+ perahan asam jawa
+ garam
+ 3 cwn air
+ kepala ikan
Bila separuh masak, 
+ bendi

Tunggu didih


Sawi minyak goreng



Saturday, 20 February 2021

Nasi Goreng Leftover

Pagi ni tgk ada nasi lebih semalam dan daging bakaq.. 

Maka...




Ayam dan Daging Bakar utk makan tgh hari

 






MengeKEK COKLAT




*resepi ni tak best sangat...

Guna Mixer utk pukul sampai kembang 2 biji telur greb B.

Dah kembang + 1 st esen vanila

+ 1 cwn minyak masak. Mix lagi sampai sebati 

+ 3/4 cwn serbuk koko. Mix lagi

+ 1 cwn susu cair. Mix lagi.

+ 1 cwn susu pekat. Mix lagi.

+ 2 cwn tpg gandum yg telah diayak. Mix sebati

Tuang dlm acuan bulat 7  atau 8 inci

Panaskan dulu oven 160 C api atas bawah.

Setelah oven panas, letakkan acuan di rak paling bawah.

Masak 1 jam.




Friday, 19 February 2021

AYAM BAKAR SEEKOR

 



Bahan perapan ayam selama 3 jam:

5 bwg putih + 1 inci halia ditumbuk kasar.

Sos tiram

sos black pepper

kiub ayam

garam

lada hitam kasar

lada hitam halus

sikit jintan manis

Basil leaves

Thyme

Rosmary 

marjerin

serai diketuk dan dimasuk dlm ayam


Tuesday, 16 February 2021

Tomyam, ayam goreng, bendi goreng utk mkn tgh hr

Hari ni kerja. Balik 2.30 ptg.. Letak beg semua terus masuk dapuq. Jam 3 dah boleh makan.. Nasik anak masak siap2..







Monday, 15 February 2021

Udang butter cheese, lala masak lemak

 


park choy + cendawan hitam + carrot





Mula2 udang digoreng (garam+kunyit) jgn garing sgt..

Dalam kuali :
+ butter 2 sb
+ bwg putih, bwg besar yg dihiris kiub
+ daun kari
+ 1/2 cwn susu cair
+ udang
Kacau
+ hirisan cabai melaka + cabai besar
+ sekeping cheese
Kacau sampai agak pekat..
Siap.



Lala masak lemak :
Blend 4 bwg putih + 1 bwg besar + serai + halia + lengkuas sikit
Tumis bhn blend dlm kuali
+ asam keping
Masukkan lala
Masukkan setengah kotak santan.
Masukkan serbuk kunyit 
Tambah sikit garam
Biar kuah pekat
Masak lala agak lama supaya betul2 masak / terbuka cangkerangnya



 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design