Kuah kacang yg baru siap, nampak cair sikit.. nanti lama2 dia akan memekat..
Bermula idea nasi impit kuah kacang ni sbb 2 pesalah ni lah.. lama dah dok di rak, tak dijatuhkan hukuman lagi.. haha.. lama2 rosak kan?
Pek ketupat mini dan kacang goreng kisar yg dibeli 2 bulan lepas kat kedai eco.. Hari ni baru teringat nak buat.
Elok kacang dia.. banyak pulak tu dgn rm2.10!
ni pun dari kedai eco.. ada 10 pek mini.. Murah byk dr jenama lain..
RESEPI KUAH KACANG:
Kisar halus 1 bwg besar, 4 bwg putih, setengah sk jintan manis, 1 cm halia, 1 cm lengkuas, 2 btg serai, 8 cili kering yg dh direbus.
Dalam periuk, panaskan minyak,
tumis bhn kisar sampai pecah minyak
+ air asam jawa @ 2 asam keping
+ gula merah
+ garam
+ btg serai balance tadi yg diketuk
kacau sebati
+ 1 bungkus kacang tanah kisar tadi
kacau sebati
boleh tambah air..
rasa dan tambah apa yg kurang.. gula/garam/asam
last + setengah kotak kecil santan
kacau sebati..
biar cair sedikit, nanti bila sejuk, kuah akan sedikit pekat.
kuah kacang dh pekat sikit dan keluarkan minyak.
nasi impit..
0 comments:
Post a Comment