Menu buka puasa, dalam PKP 2020
Ayam
1.Seekor ayam dibersihkan (tak perlu potong)
2.Ayam direbus deep water (air menutupi separuh ketinggian ayam). Rebus sebentar saja. Less than half cooked.(jgn sampai masak). Alih ayam utk rebus di sebelah yg lain.
3. Angkat dan toskan atas grill besi.
Bahan Perapan
A: Blend
- 1 labu bwg besar
- 6 ulas bwg putih
- serai
- 1 inci halia
- 1 sb cili kisar
- sedikit air utk blend, jgn byk air, nanti cair dan x melekat pada ayam
B:
1 kiub ayam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
1 st garam
1 st gula / madu
3 sb kicap manis
3 sb sos tiram
serbuk oregano
1.Masukkan semua bhn B ke A dan kacau sebati.
2.Lumurkan bahan perapan pada keseluruhan badan ayam. Boleh letak sedikit marjerin pada celah-celahan ayam.
3.Biarkan 1 jam atau lebih.
4.Bakar ayam dlm oven selama 40 min, 180C api atas bawah pada rack paling bawah. ( kaki ayam mengadap ke atas). Jgn lupa letakkan grill tray di bawahnya kerana air ayam akan menitik. Boleh letakkan sedikit air pd grill tray).
Sayur Hiasan:
Sementara menunggu, bersihkan 3 bj ubi kentang dan potong 4 setiap satunya. Tak perlu buang kulit..
Bersihkan carrot dan potong memanjang.
Kentang dan carrot direbus separuh masak.
5.Setelah 40min, alihkan ayam tadi dgn bdn mengadap ke atas pula..(Boleh ikat ayam dgn dawai besi nipis).
6.Boleh lumurkan lagi ayam dgn marjerin + lebihan bhn perapan.
7.Letakkan sayur yg direbus half cooked tadi ke dlm grill tray( tray bawah).. Boleh lumurkan lebihan bhn perapan pada kentang dan carrot juga.
*Grill ayam saya letak di rack tgh pula)
*Grill tray saya letak di rack paling bawah.
8.Bakar lagi selama 40 min suhu 190C atau lebih.
9.Dah masak, boleh hidang ke dlm pinggan dan hiaslah dgn ubi kentang, carrot, salad, tomato ceri dan sebagainya..
0 comments:
Post a Comment