Monday, 4 May 2020

SHELL OUT


       







Rebus:
  • Brokoli...... Rebus. Angkat dan toskan.
  • Carrot...... Rebus. Angkat dan toskan.
  • Jagung...... Rebus. Angkat dan toskan.
  • 3 ekor Ketam..... Potong 2. Dapat 6....... Rebus. Angkat dan toskan.
  • 1/2 kg Kupang / Siput Lala..... Rebus. Angkat dan toskan.
  • 1/2 Kerang.... Rebus. Angkat dan toskan
#rebus asing-asing dalam 1 periuk  ya.. rebus, angkat... rebus, angkat.........

Bahan A (Hiris halus)
  • Separuh bawang besar
  • 3 bawang putih + 3 bawang merah
  • 1 inci halia
Bahan B (Blend)
  • 1 1/2 bawang besar
  • 5 bawang merah
  • 1 inci balia
  • sedikit udang kering (kalau ada)

Cara-cara:

1. Dalam kuali besar
    + 2 sb marjerin + minyak utk menumis

2. Masuk Bahan A. Tumis sampai layu. (boleh masukkan daun kari)

3. + Bahan B sampai naik bau.

4. + 3 sb cili kisar. Kacau.
    + serai
    + 1 bungkus serbuk kari ikan. Kacau sampai pecah minyak.

5. + 1/4 cawan sos BBQ + 1/4 cwn sos tiram + sos cili + jus perahan limau
    + kiub ayam / stok ayam + lada hitam yang ditumbuk kasar
    = Kacau sebati
   + 2 cili  kering yang dipotong 2 memanjang
   + kicap manis
   + 1 cwn air panas (adjust jgn pekat sgt, jgn cair sgt)
   Kalau perlu tambah bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah.

6. + gula + garam + sotong + udang. Gaul.

7. + ketam + kerang + kupang yang telah direbus tadi. Gaul sebati.

8. Tuang dan hidangkan. Tabur brokoli, carrot dan jagung tadi.






0 comments:

Post a Comment

 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design