Sunday 28 June 2020

LAUK TENGAH HARI

Tomyam seafood dan bendi goreng sos tiram.

Bendi goreng:
Panaskan 2 sb minyak.
+ 5 ulas bwg putih diketuk kasar
+ hirisan bulat bawang besar
+ bendi yg dipotong serong
+ 1 sb sos tiram
+ air asam jawa
+ sedikit kicap
+ hirisan capsicum
Kacau sebati.
Tutup kuali sekejap.
Agak masak, tutup api.






0

KUETEAU RATNA





Dalam kuali
+ 3sb minyak. Panaskan
+ 8 bj bwg putih diketuk kasar. Biar kekuningan
+ hirisan carrot
+ 1 cwn air
+ 1 kiub ayam
+ 1 atau 2 sb jus limau nipis
+ 1 sb sos tiram
+ ayam dihiris
+ 3 cwn air
+ sotong / udang
+ capsicum / brokoli / baby kailan / baby jagung / tomato
+ garam
+ serbuk lada
+ 5 sb tepung jagung yg sudah dibancuh
Tunggu mendidih

KUETEAU
Kueteau dibasuh.
Sediakan kuali lain.
Masukkan 1 sb minyak. Panaskan.
Ambil segenggam kueteau dan masakkan dalam kuali tadi. 
Masukkan sedikit kicap utk menghitamkannya.
Kacau.
Angkat ke dalam pinggan

Tuangkan 2 senduk kuah ke atas kueteau tadi. Siap.
Boleh makan dgn limau nipis, bwg goreng, cili jeruk.



Saturday 20 June 2020

SAWI MASAK SOS TIRAM






SAWI
Rebus sekejap baby sawi sepokok-sepokok.
Angkat dan toskan.
Susun dalam pinggan.

BAWANG PUTIH
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak, tumis 8 ulas bwg putih yg dtumbuk kasar.
Tumis sehingga kekuningan.
Angkat.

SOS TIRAM
Dalam kuali tadi, tumis 3 ulas bwg putih diketuk kasar.
+ 3 sb sos tiram, jgn byk.. sos tiram agak manis.
+ hirisan cili / capsicum / carrot
+ sedikit air
+ garam
tunggu didih.

Tuangkan sos tiram ke atas sawi tadi..
Tabur bwg putih di atasnya..




ASAM PEDAS MELAKA IKAN KEMBUNG





Bhn kisar:
8 cili kering
5 bwg merah
3 bwg putih
halia
1 st lada hitam

Panaskan minyak
+ bhn kisar
tunggu masak
+ serai diketuk
+ belacan
+ air asam jawa
+ air
boleh tambah asam keping
tunggu didih
+ ikan
+ daun kesom, bunga kantan
+ bendi
+ tomato
+ garam
tunggu didih
siap

BAYAM MASAK AIR

Panaskan dalam periuk:
3 cwn air
+ 1 cm belacan
+ bwg besar dihiris nipis
+ bwg putih dihiris nipis
sampai mendidih
+ batang bayam yg dipotong panjang
+ bendi yg dipotong serong
tunggu separuh empuk
+ daun bayam
+ hirisan cabai kesar
+ garam
tunggu mendidih








Sunday 14 June 2020

KUETEAU KUAH BERLADA







Dalam periuk..
+ 5 sb minyak
+ 8 ulas bwg putih diketuk kasar
+ 5 cili padi diketuk
tunggu kekuningan
+ hirisan carrot
+ hirisan tomato
+ fishball dibelah 2
+ serbuk lada putih
+ 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
+ 1 senduk cuka
+ 1 senduk sos tiram
+ 1 senduk sos cili
+ 1 cawan udang / daging / ayam / sotong
+ air 7 cawan
+ garam
tunggu didih
+ batang sawi / brokoli
+ anak jagung
+ keuteau
+ daun sawi
+ taugeh
tunggu didih.
Siap

PUDING JAGUNG KASTARD..













Thursday 11 June 2020

PUDING JAGUNG KASTARD


Dalam kuali...
+ 1 tin susu cair
+ 1 tin jagung manis
+ 2 1/2 cwn air
+ 3 8per 4 cwn gula
+ 1  1/2  cwn tpg kastad
+ sedikit garam
Boleh tambah 2 sb susu pekat.. (Tak masukkan pun takpe..)
+ sedikit pewarna kuning telur

Kacau sebati semua bahan tersebut guna whisk.
Kemudian, letakkan atas api..
Kacau campuran bahan tadi guna api sederhana.
Kacau guna whisk / senduk kayu lebih mudah.
Kacau sehingga agak pekat.
Perlahankan api.
+ 1 sudu mentega supaya nampak berkilat dan tak melekat pada acuan nanti..
Sentiasa kacau sehingga betul-betul pekat dan naik gelembung.
Selepas naik banyak gelembung pun perlu kacau lagi dlm 10 minit supaya betul pekat, tapi jangan terlalu kering pulak..
Tutup api.
Tuang ke dalan acuan.




NASI BERIANI DAGING


Menggunakan RENDANG DAGING dalam tin.




Bahan A:
Dalam periuk asing..
Panaskan 2sb minyak sapi.
+ fantastic four
+ bwg putih dihiris
+ bwg besar dihiris
Tunggu kekuningan
+ Hirisan tomato
+ setengah cwn susu cair
+ 2 sb sos tomato
+ rendang daging dlm tin tadi
Kalau perlu, + garam.
Kacau. 
Tunggu didih.
Tutup api.
Biar sejuk.

Dalam rice cooker..
Basuh 3 cwn beras Basmathi
Toskan airnya.
+ Bahan A
Kacau sebati supaya sekata dengan beras.
+ air supaya cukup 1 setengah ruas air.
Masak macam biasa.
Bila dah masak. Tutup suis.
Biar dlm 10 minit supaya keraknya lekang dari periuk, baru gembur-gemburkan nasi.






Acar Timun:
Carrot + Timun + Tomato + Bawang Besar + Cili Padi + Capsicum + Cuka + Gula + Garam.
Gaul sebati.

Hidangkan dengan ayam masak merah / acar timun / ayam goreng dll.











Sunday 7 June 2020

TOMYUM UDANG




Dalam periuk, 
+ 5 cwn air
+ 5 cili padi diketuk kasar
+ 5 bwg putih dihiris
+ 1 bwg holland potong 6
+ serai dipotong serong
+ lengkuas
+ 1 kiub ayam
+ daun limau purut
+ buah tomato dipotong 8
didihkan
+ 5 sb perencah  tomyum kung
+ 2 sb air limau nipis
+ udang
+ kicap ikan nampla
+ kubis bunga
tunggu didih
tutup api
+ hirisan daun bwg, daun sup dipotong 1 inci
+ sedikit  susu cair
 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design