Sunday, 31 May 2020

SUP KENTANG SUUN DAN FUCUK




sotong goreng tepung


sambal bilis kentang


Tumis bwg putih.
+ fantastic four
+ ayam yg dihiris nipis
+ 2 cwn air
+ kiub ayam
Tunggu mendidih
+ kentang yg dipotong 4
+ carrot
+ bwg besar dibelah 4
+ serbuk lada sulah
+ fishball
+ fucuk (yg telah direndam terlebih dahulu)
+ suun (yg direndam terlebih dahulu)
*boleh tambah air panas kalau nak byk kuah
+ cili besar dipotong serong (kalau ada brokoli boleh juga)
+ garam
+ daun sup / daun bawang


NASI BUKHARI AYAM


Panaskan kuali.
+ 3 sb minyak sapi
+ Tumis fantastic four
+ tomato yg dipotong kiub (kalau ada)
+ bhn blend ( bwh besar, bwg putih, halia)
Kacau sampai naik bau
+ bancuhan rempah beriani + rempah kari ayam
Kacau sampai pecah minyak
+ kiub ayam + garam
+ setengah cwn susu cair
Kacau sebati
Masukkan ketulan ayam (yg dipotong 8)
Gaul sebati dgn rempah
Kalau kering, tambah air panas.
Masak sampai ayam separuh atau 3/4 masak.
Tutup api dan biar sejuk.

NASI:
Basuh 2 cwn beras taj mahal / basmati dan toskan.
+ air rempah tumisan ayam tadi dan tambah air 2 ruas jari.
Kacau supaya rempah sebati dgn beras.
Last sekali, bhgn atas, letakkan ketulan ayam tadi.
Masak dlm rice cooker macam biasa.
Bila dh masak, gaulkan guna senduk kayu.
Boleh tabur gajus, kismis dan bwg goreng atas nasi sebelum dihidang.

ACAR KUBIS:
Dalam bekas berpenutup, masukkan...
+ kubis dipotong memanjang halus-halus.
+ cili besar dipotong serong
+ carrot dipotong memanjang halus-halus
+ cuka
+ gula
Gaul / goncang bekas supaya sekata.
Simpan 1 jam atau lebih dlm peti ais.
Boleh dihidang dgn nasi.

SAMBAL BELACAN:
Tumbuk sampai lumat..
2 cili besar
6 cili padi
1 inci belacan
Dah lumat, masukkan asam jawa dan tumbuk lagi.
Last, letak air suam dan kacau semua sebati.
Boleh letak hirisan bwg besar / hirisan tomato
Sudukan ke dlm mangkuk utk dihidang.

Boleh dihidang dgn papadom dan tempe juga...






sambal tumis udang petai

GAJUS BAKAR OVEN



Disebut juga gajus panggang.

Basuh gajus dan toskan sampai kering.

Panaskan oven 140 - 150C selama 5 minit..

Susun gajus ke atas dulang pembakar. Susunan mesti rata dan gajus tidak bertindan.

Bakar pada rack tengah selama 20 minit. Api atas bawah. Dekat nak masak tu kena tgk2 supaya tak hangit.

Setelah gajus bertukar warna koko, angkat. Bila sejuk, gajus akan rasa lebih rangup ( kerana baki haba panas tadi akan memasakkan lagi gajus).

Friday, 29 May 2020

LOMPANG RESEPI TOK NAH

Menu buka puasa 5 Syawal 2020







#lompang kali ni kurang berlubang, mungkin sbb air kapur jernih sikit


5 helai daun pandan + 2 cawan air dikisar. Tapis airnya. Nak guna 1 cawan je, selebihnya boleh simpan dlm peti ais atau guna untuk adunan seterusnya.

Bahan A:
1 1/2 cwn tepung beras + 3 sb tepung ubi .. Satukan dalam mangkuk

Bahan B:
3per4 cwn gula + 2 cawan air. Masak sampai didih.

Susun cawan lompang ke dalam dulang pengukus. Panaskan pengukus dengan semua cawan-cawan lompang yang disusun tadi, sampai air kukusan mendidih.

1 cawan air pandan tadi dimasukkan sikit-sikit  ke dalam adunan tepung (A) dan gaul.
+ 2 sb air kapur yang agak keruh (supaya lompang berlubang cantik, kalau air kapur jernih sangat, lompang tak berlubang)
+ air gula yang didih tadi. (B) Masukkan ketika masih panas.
+ baki dari 1 cawan air pandan tadi (kalau ada)
+ sikit pewarna hijau
Kacau dengan senduk kayu sbb air gula tadi panas.
Tapis adunan ke dalam jag dan kacau dengan senduk kayu

Buka tudung pengukus dan perlahankan api. (Api jangan terlalu kuat, jangan terlalu kecil)
Tuang adunan dari jag ke 5 cawan lompang. Sentiasa kacau adunan dalam jag supaya tepung tidak mendap di bawah.
Tuang ke dalam baki mangkuk lompang sampai habis.
Dah semua mangkuk lompang diisi, tutup tudung pengukus dan letak kain supaya air tidak jatuh ke lompang.
Kuatkan semula api.
Masak 20 minit.

Cukup 20 minit, angkat cepat-cepat penutup pengukus supaya air tak jatuh ke atas lompang.
Kalau lompang sedikit berair, buka api perlahan selepas angkat tudung pengukus supaya air atas lompang akan kering sedikit. Pastu tutup terus api.

Tunggu sejuk baru keluarkan lompang dari mangkuk lompang. (Guna pisau kecil yang direndam ke dalam air supaya tak melekat)

Monday, 25 May 2020

SAMPERIT RESEPI TOK NAH








250 g mentega farmcow (yg x terlalu lembut, nanti kuih melepek)
3per4 cwn gula icing
2 kuning telur
esen vanila

Satukan dan ayak:
3 1/2  tepung gandum
1 cwn tepung jagung

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan mentega + gula icing. Kacau dgn senduk kayu sampai agak sekata. Jangan kacau terlalu lama, nanti kuih naik kembang sangat.
2. Masukkan 2 kuning telur dan 1 st esen vanila. Kacau sebentar, sekadar sekata saja.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik, sampai habis tepung.
4. Masukkan adunan ke dlm plastik dan simpan dlm peti ais sebentar, dlm 20 minit.
5. Keluarkan adunan dan terap guna acuan semperit. Tak perlu gris mentega pada dulang pembakar.
6. Bakar pada rack tengah, 140C selama 20 minit.
7. Dah masak, keluarkan dari oven dan tolak biskut masa masih panas supaya tidak melekat pd dulang pembakar.

Sunday, 24 May 2020

GULAI DAGING CICAH KETUPAT RESEPI TOK NAH

Menu Raya Aidilfitri PKPB 2020





Resepi utk 1 kg daging:

Tumis 4 bwg merah + 4 bwg putih dihiris + bunga lawang + cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga + 5 tangkai daun kari tua + halia dihiris nipis.
Tumis semua sekali sampai kuning dan garing.

+ 3 sb cili kisar. Kacau sampai masak
+ 1 labu bwg besar yg telah diblend dengan setengah inci halia
+ serbuk kari yg telah digaul dgn air + sedikit serbuk cili
Kacau sampai pecah minyak
Kalau pekat sangat, + sikit air
Biar dia pecah minyak banyak kali

+ daging yang dipotong halus / besar tapi nipis 
**Boleh masukkan 2 sudu besi utk cepatkan proses daging lembut.
Kacau sebati

Bila setengah empuk, 
+ air asam jawa
+ kerisik 2 sb 
+ garam 
+ santan cair

Biar daging empuk
Akhir sekali, + santan pekat 1 mangkuk





Saturday, 23 May 2020

KUAH LODEH UNTUK LONTONG

Menu Raya Aidil Fitri PKPB 2020








Kisar (A)
  • 8 bawang merah / 1 labu bwg besar
  • 3 bwg putih
  • kunyit
  • segenggam udang merah kering / ikan bilis
  • halia setengah inci
  • lengkuas setengah inci

Cara:
Panaskan periuk + 3sb minyak
+ bahan kisar (A)  + 2 serai diketuk + 2 asam keping. Kacau sampai agak kering supaya bahan kisar betul-betul masak
+ air setengah cwn
+ santan 1 cwn. Kacau sentiasa.

+ sengkuang (yg dipotong pjg)
+ carrot (dipotong pjg)
+ terung (dipotong serong)
Kacau sekejap. Jangan sampai empuk.

+ santan 1 cwn
+ fucuk (yg telah direndam dahulu)
+ air 1 cwn
+ su'un (yg telah direndam dahulu)
+ 1 kiub ikan bilis

+ kubis potong
+ udang (buang kulit / buang kulit badan saja kulit ekor tinggal)
+ serbuk kunyit
+ tauhu (yg telah digoreng dan dipotong)
+ tempe (yg telah digoreng dan dipotong)
+ cabai besar potong serong

+ garam

*kalau cair, tambah santan lagi in between..
*kalau pekat, tambah air in between.
*kuah lodeh  mesti agak pekat, jika terlalu cair, x best
*hidang dengan nasi impit dan sambal ikan bilis

SAMBAL IKAN BILIS
1. Basuh 2 genggam ikan bilis.
2. Blend bwg besar + bwg putih + cili kering + belacan.
3. Tumis bhn blend.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Biar kering sedikit, masukkan ikan bilis tadi. (ikan bilis dah masin, masukkan garam jika perlu shj)
6. Masak sampai sambal agak kering.

Wednesday, 20 May 2020

SAMBAL UDANG PETAI DAN BILIS KENTANG



Panaskan minyak. 
+ bhn kisar (cili kering + bwg putih + bwg merah + belacan)
Tunggu pecah minyak. 
+ air asam jawa
+ gula
+ 2 sb sos tiram
Tunggu mendidih dan kering.
+ sedikit air panas
+ petai
+ udang


SAMBAL PEDAS BILIS KENTANG



Kentang
1. kentang 3 biji dibuang kulit dan dihiris nipis nipis
2. letak sedikit garam pada kentang dan dihiris tadi
3. Goreng hirisan kentang secara deep fry dan minyak betul betul panas.
4. Bila dah garing,angkat dan toskan minyak.

Ikan Bilis
1. Ikan bilis 2 cawan direndam air panas sekejap, pastu toskan
2. Goreng secara deep fry dlm minyak yg panas.
3.Kacau dan angkat bila minyak dah tak bebunyi, maksudnya bilis dah garing. Toskan minyak.

Sambal
 Panaskan 4 sb minyak.
+ halia yg dihiris nipis memanjang
+ 6 sb cili kisar
Masak sampai pecah minyak
+ air asam jawa
+ gula
Masak sampai agak kering.
Tutup api.

GAUL:
Pastikan kentang, ikan bilis dan sambal sudah sejuk (kalau masih panas, nanti kalau nak simpan tak rangup, ikan bilis akan cepat lembut, tak garing)

Satukan ikan bilis yg digoreng tadi + hirisan kentang goreng  + sambal. 
Gaul sebati.





 

MASAK mudah-mudah je.. Template by Ipietoon Cute Blog Design